Fisiokrasi
From Wikipedia, the free encyclopedia
Fisiokrasi (Perancis: physiocratiecode: fr is deprecated ; dari bahasa Yunani untuk "pemerintahan alam") ialah teori ekonomi yang dibangunkan oleh sekumpulan ahli ekonomi Zaman Pencerahan abad ke-18 yang percaya bahawa kekayaan negara berasal hanya dari nilai "pertanian tanah" atau "pembangunan tanah" dan bahawa hasil pertanian semestinya berharga tinggi.[1] Teori mereka berasal dari Perancis dan paling popular pada separuh kedua abad ke-18. Fisiokrasi menjadi salah satu teori ekonomi pertama yang dibangunkan dengan baik.
François Quesnay (1694–1774), the marquis de Mirabeau (1715-1789) and Anne-Robert-Jacques Turgot (1727–1781) mendominasi pergerakan itu,[2] yang segera mendahului sekolah moden pertama, ekonomi klasik, yang dimulakan dengan penerbitan The Wealth of Nations karya Adam Smith pada 1776.