Filemografi Manisha Koirala
From Wikipedia, the free encyclopedia
Manisha Koirala ialah seorang pelakon wanita Nepal yang dikenali menerusi karyanya dalam perfileman Bollywood.[1] Kerjaya lakonan Koirala bermula dengan dalam filem Nepal Pheri Bhetaula (1989).[2] Dua tahun kemudian, beliau membuat penampilan sulung Bollywoodnya dalam Saudagar arahan Subhash Ghai, yang menjadi kejayaan komersial.[3][4] Namun, beliau menyusulinya dengan muncul dalam beberapa filem yang kurang mendapat sambutan di pecah panggung, termasuk First Love Letter (1991), Anmol (1993), dan Dhanwan (1993).[3] Kerjaya Koirala mula meningkat dengan memegang watak anak perempuan seorang pejuang kemerdekaan dalam 1942: A Love Story (1994) arahan Vidhu Vinod Chopra.[3][5][6][7] Persembahannya mendapat pujian dan melayakkan beliau menerima Anugerah Filmfare untuk Pelakon Wanita Terbaik.[3][5][8] Pada tahun berikutnya, Koirala memenangi Anugerah Pengkritik Filmfare untuk Pelakon Wanita Terbaik, dan Anugerah Filmfare untuk Pelakon Wanita Terbaik – Tamil bagi wataknya sebagai seorang Muslim yang bernikah dengan seorang Hindu semasa pemberontakan Bombay 1992–93 dalam filem drama berbahasa Tamil arahan Mani Ratnam Bombay (1995).[3][8][9][10]
Bagi persembahannya sebagai anak kepada pasangan bisu dan tuli dalam Khamoshi: The Musical (1996) arahan Sanjay Leela Bhansali, Koirala meraih Anugerah Pengkritik Filmfare kedua berturut-turut bagi Pelakon Wanita Terbaik.[3][9][11] Beliau menyusulinya dengan peranan-peranan utama dalam Agni Sakshi (1996) dan Gupt: The Hidden Truth (1997), yang menjadi filem India dengan keuntungan tertinggi pada tahun mereka masing-masing.[12][13] Beliau memegang watak seorang pengganas bersama Shah Rukh Khan dalam Dil Se.. (1998), filem India pertama yang memasuki 10 teratas dalam pecah panggung United Kingdom.[14] Namun, peranan Koirala dalam filem-filem yang kurang mendapat sambutan di pecah panggung, seperti Dil Ke Jharokhe Mein (1997), dan Achanak (1998), yang mengakibatkan kemerosotan dalam kerjaya filemnya.[3][11] Beliau membuat penampilan sulung televisyennya pada 2000 sebagai salah seorang pengacara rancangan permainan Sawaal Dus Crore Ka bersama Anupam Kher. Penarafan rendah rancangan itu menyebabkan khidmat Kher dan Koirala dipecat.[15] Untuk peranannya sebagai kekasih samseng dalam filem drama jenayah 2002 Ram Gopal Varma Company, beliau menerima Anugerah Pengkritik Filmfare untuk Pelakon Wanita Terbaik ketiganya.[16][17][lower-alpha 1] Koirala juga muncul dalam filem kontroversi Ek Chhotisi Love Story dimana beliau memegang watak sebagai seorang wanita yang diam-diam diperhatikan oleh seorang remaja.[18] Pada tahun berikutnya, beliau memegang watak penulis Bengali Sushmita Banerjee dalam filem drama Escape from Taliban melayakkan beliau memenangi Pelakon Wanita Terbaik (Anugerah Persatuan Wartawan Filem Bengal).[19][20][21]
Kerjaya Koirala mula menurun pada awal hingga pertengahan 2000-an, kerana beliau muncul dalam filem-filem yang gagal di pecah panggung.[22] Pada tahun 2004, beliau menjadi penerbit untuk filem Paisa Vasool,[23] yang kurang mendapat sambutan di pecah penggung.[24] Pada tahun berikutnya, beliau memegang watak puteri kerajaan Mughal, Jahan Ara dalam filem drama sejarah Taj Mahal: An Eternal Love Story.[25] Pada tahun 2008, Koirala berlakon dalam filem Khela arahan Rituparno Ghosh, di mana beliau memegang watak seorang wanita dalam perkahwinan yang bergolak.[26] Dua tahun kemudian, beliau memegang watak sebagai seorang isteri penzina dalam filem drama Malayalam Elektra.[27] Pada tahun berikutnya, beliau memegang watak seorang Muslim Kashmiri yang berupaya untuk mengembalikan persahabatan zaman kanak-kanaknya dalam filem antologi Onir I Am (2011).[28] Pada tahun 2012, beliau muncul dalam filem seram Ram Gopal Varma Bhoot Returns sebagai ibu kepada seorang anak perempuannya yang dirasuk.[29] Pada tahun berikutnya, beliau beehat dari kerjaya lakonan selepas disahkan menghidap kanser ovari. Selepas menjalani rawatan selama enam bulan, Koirala pulih sepenuhnya.[30][31] Pada tahun 2015, beliau kembali berlakon dalam filem thriler psikologi Chehere: A Modern Day Classic.[32]