Fernando Sor
From Wikipedia, the free encyclopedia
Fernando Sor o Josep Ferran Sorts i Muntades (dibaptiskan pada 14 Februari 1778 ā meninggal dunia 10 Julai 1839) ialah seorang penggubah dan pemain gitar klasik berbangsa Sepanyol. Sementara beliau lebih dikenali bagi gubahan gitarnya, beliau juga menggubah muzik bagi beberapa genre yang luas, termasuk opera, orkestra, kuartet alat tali, piano, suara, dan balet. Skor baletnya, Cendrillon ("Cinderella") dipersembahkan lebih seratus kali. Gubahan gitar Sor dimainkan di Paris, Berlin dan Warsaw. Sebelum awal abad ke-19, gitar tidak berapa terkenal di England. Sor berjaya mempopularkan alat tersebut di situ.[1] Rakan-rakan sezaman dengannya menganggap Sor sebagai pemian gitar terbaik di dunia,[2] dan gubahannya bagi gitar dimain dan dicetak secara meluas selepas kematiannya.[1]
Dengan pencetakan karyanya di beberapa negara, ejaan nama Sor juga diterjemahkan dan membawa kepada beberapa ejaan berbeza. Perbezaan ini termasuklah Joseph Fernando Macari Sors, Fernando Sor, Ferran Sor, Ferdinand Sor, dan Ferdinando Sor.[2][3][4][5][6][7][8]