Eurofighter Typhoon
From Wikipedia, the free encyclopedia
Eurofighter Typhoon (Bahasa Melayu: Taufan) merupakan sebuah pesawat tempur pelbagai peranan lincah, sayap delta, berkanard dan berenjin kembar. Pesawat ini direka dan dibina oleh satu konsortium gabungan tiga syarikat kongsi iaitu Alenia Aeronautica, BAE Systems dan EADS - melalui syarikat pemegangan Eurofighter GmbH yang ditubuhkan pada 1986. Projek ini diuruskan oleh NETMA (NATO Eurofighter and Tornado Management Agency) yang bertindak sebagai pelanggan utama.[9] Bagaimanapun, kajian mengenai projek ini telah bermula sejak 1979 lagi.
Typhoon | |
---|---|
| |
Peranan | Tempur pelbagai peranan |
Pengeluar | Eurofighter GmbH |
Penerbangan sulung | 27 Mac 1994[1] |
Diperkenalkan | 4 Ogos 2003 |
Status | Aktif |
Pengguna utama | Tentera Udara Diraja British Luftwaffe Aeronautica Militare Tentera Udara Sepanyol |
Dikeluarkan | 1994-kini |
Jumlah dibina | 483 (Jun 2016)[2][3][4][5] |
Kos seunit | £64.8 juta (Tranche 1 & 2)[6]€90 juta (kos sistem Tranche 3A)[7] £125 juta (termasuk kos pembangunan + pengeluaran)[8] |
Dibangunkan dari | British Aerospace EAP |
Tertib pengeluaran Eurofighter Typhoon telahpun bermula. Pesawat ini telah mula berkhidmat dengan Tentera Udara Diraja Britain, Tentera Udara Jerman (Luftwaffe),[10] Tentera Udara Itali dan Tentera Udara Sepanyol dan Tentera Udara Austria. Arab Saudi pula telah memeterai perjanjian kontrak bernilai GB£4.43 bilion (sekitar €6.4 bilion pada 2007) untuk membeli 72 buah pesawat.[11]