Emir Abdelkader
From Wikipedia, the free encyclopedia
Amir Abdelkader ibn Muhieddine (6 September 1808 - 26 Mei 1883; Arab: عبد القادر ابن محيي الدين, rumi: ʿAbdu al-Qādir ibn Muḥyi id-dīncode: ar is deprecated ) atau juga dikenali sebagai Abdelkader El Hassani El Djazairi adalah seorang cendekiawan, ahli sufi dan panglima tentera Algeria yang memimpin perjuangan menentang penaklukan kerajaan Perancis pada pertengahan abad ke-19. Beliau berjaya menyatukan suku-sakat tanahnya bertahun-tahun berjaya memerangi kuasa Perancis yang pada ketika itu salah satu tentera paling maju di Eropah.[2] Beliau menawan perhatian sedunia kerana tindakan kemanusiaannya membantu masyarakat Kristian Damsyik yang terjejas akibat rusuhan oleh kaum Duruzi tahun 1860.
Amir Abdelkader El Djezaïri عـبـد الـقـادر الـجـزائـريcode: ar is deprecated | |
---|---|
Nama asal | عبد القادر ابن محيي الدينcode: ar is deprecated |
Nama lahir | Abdelkader ibn Muhieddine al-Hasani- |
Kelahiran | (1808-09-06)6 September 1808 Guetna, Algeria Uthmaniyah |
Meninggal dunia | 26 Mei 1883(1883-05-26) (umur 74) Damsyik, Syria Uthmaniyah[1] |
Disemadikan | El Alia |
Pangkat | Amir |
Pertempuran | Pertempuran Macta Pertempuran Sig Pertempuran Sidi-Brahim Pertempuran Oued Aslaf Pertempuran Agueddin |
Anugerah | Légion d'honneur (Grand-Croix) Darjah Pius IX Pangkat Pertama Darjahe Medjidie Order of the Redeemer (Grand Cross) |
Di Algeria, usahanya untuk menyatukan negara itu melawan penjajah Perancis disanjung dengan perbandingan seakan Jugurtha, raja Numidia yang terkenal, kemampuannya untuk menggabungkan kuasa agama dan politik telah menyebabkan dia diakui sebagai "Wali segala Putera, Putera segala Wali".[3] Beliau turut mendapat akuan orang Eropah yang kagum[4][5] dengan keperibadian dan sifat murah hati serta simpati kepada tawanan perang.[6]