Coors Field
From Wikipedia, the free encyclopedia
Coors Field merupakan stadium besbol yang terletak di Denver, Colorado, Amerika Syarikat. Stadium ini merupakan gelanggang bagi pasukan Major League Baseball, Colorado Rockies. Coors Field telah dibuka pada tahun 1995 dan memiliki kapasiti sebanyak 50,144 tempat duduk untuk perlawanan besbol.
Fail:Coors Field logo.svg | |
Alamat | 2001 Blake Street |
---|---|
Lokasi | Denver, Colorado, Amerika Syarikat |
Pentadbir | Colorado Rockies Baseball Club Ltd.[1] |
Kapasiti | 46,897 (50,144 bersama ruang berdiri) (2018–kini)[2] 50,398 (2012–2017)[3] 50,490 (2011) 50,445 (2001–2010) 50,381 (1999–2000) 50,200 (1995–1998) |
Rekod kehadiran | 51,267 |
Saiz Padang | Kiri Padang – 347 kaki (106 m) Kiri-Pusat – 390 kaki (119 m) Pusat Padang – 415 kaki (126 m) Kanan-Pusat – 375 kaki (114 m) Kanan Padang – 350 kaki (107 m) Backstop – 56 kaki (17 m) |
Permukaan | Kentucky Bluegrass/Perennial Ryegrass |
Pembinaan | |
Pecah tanah | 16 Oktober 1992 (16 Oktober 1992) |
Dibuka | 26 April 1995 (26 April 1995) |
Kos pembinaan | AS$300 juta ($432 juta dalam 2016 dolar[4]) |
Arkitek | HOK Sport (kini Populous) |
Pengurus projek | CMTS, Inc.[5] |
Jurutera struktur | Martin/Martin, Inc.[6] |
Perkhidmatan jurutera | M-E Engineers, Inc.[7] |
Kontraktor am | Mortenson/Barton Malow[6] |
Kontraktor utama | LPR Construction[8] Havens Steel[6] Zimmerman Metals[6] Zimkor Industries[6] LPR Erectors[6] |
Tuan rumah | |
Colorado Rockies (MLB) (1995–kini) |
Sbegai pasukan tambahan yang mula beraksi pada tahun 1993, Rockies menghabiskan dua musim sulungnya di Mile High Stadium. Pada masa itu, Coors Field sedang dibina yang menelan kos sebanyak $300 juta. Stadium ini termasuk 63 ruang mewah dan 4,526 tempat duduk. Coors Field menerima reputasi sebagai hitter's park, kerana kesan kawasan tinggi Denver dan iklim separa kering. Pagar outfield terletak jauh daripada plat rumah dan bola yang digunakan akan disimpan di dalam humidor.
Coors Field pernah menjadi penganjur kepada aksi Perlawanan All-Star Major League Baseball 1998 dan 2021. Coors juga melangsungkan perlawanan hoki tertutup ketika NHL Stadium Series 2016 selain menganjurkan beberapa konsert.
Pada tahun 2017, sebuah konsultan menganggarkan Coors Field memerlukan $200 juta sebagai modal penambahbaikan pada 2020-an. Dana penambahbaikan tersebut telah mendorong Rockies berunding perjanjian sewa jangka masa panjang untuk mengembangkan pasukan pemilikan di kawasan berhampiran.[9]