Colobinae
From Wikipedia, the free encyclopedia
Langur atau colobinae merupakan salah satu cabang dalam rumpun Monyet Dunia Lama yang merangkumi 59 spesies dalam 10 genus, termasuklah spesies-spesies lotong, dan kera bekantan. Sesetengah pengelasan membahagikan monyet kolobin kepada dua puak, manakala yang lain pula kepada tiga kelompok. Kedua-dua pengelasan tersebut meletakkan ketiga-tiga genus asal Afrika iaitu Colobus, Piliocolobus, dan Procolobus ke dalam satu kumpulan; genus-genus ini dibezakan dengan ibu jari yang kontot (Yunani κολοβός kolobós = "kontot"). Manakala genus-genus Asia pula tergolong dalam satu atau dua lagi kumpulan. Analisis mtDNA mengesahkan spesies-spesies Asia membentuk dua kelompok berbeza, iaitu kumpulan langur dan kumpulan "hidung ganjil", tetapi berhujah bahawa langur kelabu tidak bersaudara rapat dengan mana-mana kelompok.[1]