Chiang Kai-shek
From Wikipedia, the free encyclopedia
Chiang Kai-shek (31 Oktober 1887 – 5 April 1975) ialah pemimpin politik dan pemimpin tentera di China abad ke-20. Beliau juga anggota berpengaruh Kuomintang (KMT) serta sekutu rapat Sun Yat-sen. Chiang kemudian menjadi komandan Akademi Tentera Whampoa Kuomintang lalu mengambil alih jawatan Sun di dalam parti apabila Sun meninggal dunia pada 1925. Beliau menjadi pengerusi Majlis Tentera Negara kepada Pemerintahan Nasionalis Republik China (ROC) antara 1928 hingga 1948 lalu mengetuai Ekspedisi Utara pada 1928 bagi menyatukan negara dan justera, menjadi ketua seluruh China.[1] Chiang juga mengetuai China dalam Perang China-Jepun Kedua tetapi dalam tempoh itu, kuasa Pemerintahan Nasionalis merosot dengan amat ketara, meskipun kemasyhurannya semakin meningkat.
Chiang Kai-shek 蔣中正 / 蔣介石 | |
---|---|
Pengerusi Pemerintahan Nationalis China Ke-1 dan Ke-3 | |
Dalam jawatan 10 Oktober 1928 – 15 Disember 1931 | |
Premier | Tan Yankai Soong Tse-ven |
Didahului oleh | Gu Weijun (pemangku) |
Digantikan oleh | Lin Sen |
Dalam jawatan 1 Ogos 1943 – 20 Mei 1948 Pemangku sehingga 10 Oktober 1943 | |
Premier | Soong Tse-ven |
Didahului oleh | Lin Sen |
Digantikan oleh | Sendiri (sebagai Presiden Republik China) |
1st Presiden Republik China | |
Dalam jawatan 20 Mei 1948 – 21 Januari 1949 | |
Premier | Chang Chun Wong Wen-hao Sun Fo |
Naib Presiden | Li Zongren |
Didahului oleh | Sendiri (sebagai Pengerusi Pemerintahan Nasionalis China) |
Digantikan oleh | Li Zongren (pemangku) |
Dalam jawatan 1 Mac 1950 – 5 April 1975 | |
Premier | Yen Hsi-shan Chen Cheng Yu Hung-Chun Chen Cheng Yen Chia-kan Chiang Ching-kuo |
Naib Presiden | Li Zongren Chen Cheng Yen Chia-kan |
Didahului oleh | Li Zongren (pemangku) |
Digantikan oleh | Yen Chia-kan |
Perdana Menteri Republik China Ke-3, Ke-7, Ke-9, dan Ke-11 | |
Dalam jawatan 4 Disember 1930 – 15 Disember 1931 | |
Didahului oleh | Soong Tse-ven |
Digantikan oleh | Chen Mingshu |
Dalam jawatan 7 Disember 1935 – 1 Januari 1938 | |
Presiden | Lin Sen |
Didahului oleh | Wang Jingwei |
Digantikan oleh | Hsiang-hsi Kung |
Dalam jawatan 20 November 1939 – 31 Mei 1945 | |
Presiden | Lin Sen |
Didahului oleh | Hsiang-hsi Kung |
Digantikan oleh | Soong Tse-ven |
Dalam jawatan 1 Mac 1947 – 18 April 1947 | |
Didahului oleh | Soong Tse-ven |
Digantikan oleh | Chang Chun |
Ketua Pengarah Kuomintang Ke-1 dan Ke-3 | |
Dalam jawatan 29 Mac 1938 – 5 April 1975 | |
Didahului oleh | Hu Hanmin |
Digantikan oleh | Chiang Ching-kuo (as Pengerusi Kuomintang) |
Butiran peribadi | |
Lahir | (1887-10-31)31 Oktober 1887 Fenghua, Dinasti Qing |
Meninggal dunia | 5 April 1975(1975-04-05) (umur 87) Taipei, Republik China (Taiwan) |
Kerakyatan | China |
Parti politik | Kuomintang |
Pasangan | Soong May-ling |
Anak-anak | Chiang Ching-kuo Chiang Wei-kuo |
Alma mater | Akademi Tentera Jepun Empayar |
Pekerjaan | Askar (pegawai kanan tentera), ahli politik |
Pada April 1927, tentera Nasionalis Chiang terlibat dalam perang saudara yang berpanjangan dengan Parti Komunis China (CCP). Selepas Jepun menyerah pada 1945, Chiang mencuba menghapuskan Parti Komunis China. Malangnya, disokong oleh Rusia Soviet, pihak komunis menewaskan Chiang yang terpaksa mengundurkan pemerintahannya ke Taiwan, dengan pemerintahan tentera diteruskan di sana sementara mencuba mengembalikan tanah besar China. Sebagai Presiden Republik China dan Ketua Pengarah Kuomintang, Chiang memerintahkan pulau Taiwan dengan kuku besi sehingga kematiannya pada 1975.
Perasaan terhadap Chiang bercampur baur di Taiwan. Sedangkan sesetengah orang masih memperlihatkannya sebagai wira, yang lain mempunyai perasaan yang buruk terhadapnya dan hendak mengasingkan zamannya. Ini terbukti daripada penghilangan beratus-ratus arca Chiang di seluruh pulau.[2]