![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/6/6d/Linkin_Park-Rock_im_Park_2014-_by_2eight_3SC0327.jpg/640px-Linkin_Park-Rock_im_Park_2014-_by_2eight_3SC0327.jpg&w=640&q=50)
Chester Bennington
penyanyi dan penulis lagu Amerika Syarikat / From Wikipedia, the free encyclopedia
Chester Charles Bennington (20 Mac 1976 – 20 Julai 2017)[3] merupakan seorang penyanyi dan penulis lagu Amerika Syarikat terkenal sebagai vokalis kumpulan rock Linkin Park. Beliau juga merupakan vokalis kumpulan Dead By Sunrise dan mempelopori Stone Temple Pilots dari 2013 hingga 2015.
Chester Bennington | |
---|---|
![]() Bennington mengadakan persembahan Rock im Park pada Jun 2014 | |
Kelahiran | Chester Charles Bennington (1976-03-20)20 Mac 1976 |
Meninggal dunia | 20 Julai 2017(2017-07-20) (umur 41) Palos Verdes Estates, California, A.S. |
Sebab kematian | Bunuh diri[1] |
Pekerjaan |
|
Tahun aktif | 1992–2017 |
Pasangan | Samantha Olit (k. 1996; c. 2005) Talinda Bentley (k. 2006–2017) |
Anak-anak | 6 |
Kerjaya muzik | |
Genre |
|
Instrumen | Vokal |
Syarikat rakaman |
|
Pengkarya berkait |
|
Bennington pertama kali meraih kemasyhuran sebagai vokalis kumpulan itu berikutan pelancaran album sulung Linkin Park, Hybrid Theory, pada 2000, yang menjadi kejayaan komersial. Album ini menerima pensijilan Berlian oleh Persatuan Industri Rakaman Amerika pada 2005, menjadikannya album paling laris sepanjang dekad, serta salah satu album yang menguasai kebanyakan jualan.[4] Album Linkin Park yang berikutnya ialah, Meteora (2003), Minutes to Midnight (2007), A Thousand Suns (2010), Living Things (2012), The Hunting Party (2014), dan One More Light (2017) meneruskan kejayaan kumpulan ini.
Bennington menubuhkan kumpulannya sendiri, Dead by Sunrise, sebagai projek sampingan pada 2005. Album sulung kumpulan itu, Out of Ashes, dikeluarkan pada 15 Oktober 2009. Beliau mempersiapkan bahan baru bersama Stone Temple Pilots pada 2013 untuk melancarkan EP High Rise pada 8 Oktober 2013 menerusi label rakaman mereka sendiri, Play Pen. Bennington telah dinaikkan pangkat sebagai Top 100 Heavy Metal Vocalists oleh Hit Parader (No. 46).
Pada 20 Julai 2017, Bennington ditemui mati di kediamannya di Palos Verdes Estates, California, dipercayai akibat membunuh diri.[5]