Cheomseongdae
From Wikipedia, the free encyclopedia
Cheomseongdae (Hangul: 첨성대; Hanja: 瞻星台; Jawi: چومسوڠدcode: ms is deprecated ) ialah sebuah balai cerap astronomi di Gyeongju, Korea Selatan. Cheomseongdae bermaksud menara memandang bintang dalam bahasa Korea. Cheomseongdae ialah balai cerap astronomi tertua yang masih utuh di Asia,[1][2][3] dan mungkin juga di dunia.[4][5][6] Ia dibangun pada abad ke-7 di kerajaan Silla, yang ibu kotanya ialah Seorabeol, atau Gyeongju sekarang (Hangul: 경주; Hanja: 慶州市). Cheomseongdae telah ditetapkan sebagai khazanah negara Korea ke-31 pada 20 Disember 1962.[7] Berasaskan model Jeomseongdae Baekje, yang kini hanya terdapat dalam catatan sejarah, Cheomseongdae mempengaruhi pembinaan sebuah balai cerap Jepun pada tahun 675, dan balai cerap Duke Zhou di China pada tahun 723.[8]
Hangul | 첨성대code: ko is deprecated |
---|---|
Hanja | 瞻星臺code: ko is deprecated |
Perumian Semakan | Cheomseongdae |
McCune–Reischauer | Ch'ŏmsŏngdae |