Canggu, Kuta Utara
From Wikipedia, the free encyclopedia
Canggu merupakan sebuah desa persisiran pantai dengan 10 km pantai di selatan Bali, Indonesia. Ia yang terletak dalam (daerah) kecamatan Kuta Utara, Kabupaten Badung, Wilayah Bali, Indonesia.
Canggu | |
---|---|
Desa | |
Cogan kata: "Ҫura Dharma Raksaka" (Bahasa Bali) "Kewajipan Kerajaan adalah Melindungi Kebenaran dan Rakyatnya" | |
Koordinat: 8°39′21″S 115°08′3″E | |
Country | Indonesia |
Wilayah/Provinsi | Bali |
Kabupaten | Badung |
Kecamatan (Daerah) | Kuta Utara |
Zon waktu | GMT |
• Musim panas (DST) | GMT |
Poskod | 80361 |
Canggu terletak sekitar 10 kilometer utara dari bandar Kuta dan masa kini menawarkan suasna tenang bagi aktiviti budaya, makan malam, dan rehlah di pantai. Jalan utama Canggu adalah Jalan Batu Bolong, Jalan Padang Linjong, Jalan Batu Mejan and Jalan Tanah Barak. Sepanjang Jalan Batu Bolong terdapat kuil kematian, Pura Merajapati, dan perkuburan Pipitan. Sepanjang pantai terdapat dua kuil utama, Pura Batu Bolong dan Pura Batu Mejan, yang keduanya berusian beratus tahun dan pembinaannya dimulakan oleh Dang Hyang Niratha. Kawasan Canggu mempunyai ekonomi menanam padi dan kelapa, tetapi kini pembangunan pesat menyebabkan banyak kawasan diambil untuk dibina rumah. [1]