Bo-Kaap
From Wikipedia, the free encyclopedia
Bo-Kaap (“di atas Tanjung" dalam bahasa Afrikaans) ialah kawasan Cape Town, Afrika Selatan dulu dikenali sebagai Malay Quarter (Kawasan Melayu). Kawasan ini bekas perbandaran, terletak di cerun Bukit Signal di atas pusat bandar dan merupakan pusat sejarah budaya Melayu Cape di Cape Town. Masjid Nurul Islam, didirikan pada tahun 1844, terletak di kawasan tersebut.
Bo-Kaap | |
---|---|
Koordinat: 33°55′15″S 18°24′55″E | |
Negara | Afrika Selatan |
Wilayah | Cape Barat |
Perbandaran | Bandar Cape Town |
Didirikan | 1760 |
Keluasan | |
• Jumlah | 0.95 km2 (0.37 batu persegi) |
Penduduk (2011)[1] | |
• Jumlah | 3,203 |
• Kepadatan | 3,400/km2 (8,700/batu persegi) |
Komposisi kaum (2011) | |
• Afrika Hitam | 9.0% |
• Kulit berwarna | 66.0% |
• India/Asia | 3.4% |
• Putih | 4.3% |
• Lain-lain | 17.3% |
Bahasa pertama (2011) | |
• Bahasa Inggeris | 64.0% |
• Bahasa Afrikaans | 30.3% |
• Lain-lain | 5.7% |
Zon waktu | UTC+2 (SAST) |
Poskod (jalan) | 8001 |
Kod kawasan | +27 (0)21 |
Bo-Kaap dikenali kerana rumah berwarna terangnya dan jalan batu bundar. Kawasan tersebut ialah kejiranan pelbagai budaya mengikut tradisi, dan 56.9% penduduknya mengenal pasti sebagai orang Islam.[2] Menurut Agensi Sumber Warisan Afrika Selatan, kawasan tersebut mengandungi concentration terbesar seni bina pra-1850 di Afrika Selatan, dan merupakan kejiranan kediaman yang paling lama bertahan di Cape Town.[3]