Biawak komodo
From Wikipedia, the free encyclopedia
Biawak komodo (nama saintifik: Varanus komodoensis)[5] atau kerap disebut komodo sahaja ialah biawak terbesar di dunia. Panjangnya dapat mencapai 3 meter, dengan berat mencapai sehingga kira-kira 70 kilogram. Biawak ini hanya dapat ditemukan di pulau-pulau Komodo, Rinca, Flores, dan Gili Motang di Indonesia. Ia pemangsa puncak yang menguasai ekosistem dalam pulau-pulau ini.
Biawak komodo | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Kelas: | |
Order: | |
Keluarga: | Varanidae |
Genus: | |
Subgenus: | |
Spesies: | V. komodoensis |
Nama binomial | |
Varanus komodoensis Ouwens, 1912[4] | |
Taburan biawak Komodo |
Biawak ini diberi perhatian oleh orang Barat buat pertama kali oleh seorang warga Eropah pada tahun 1910, apabila khabar angin mengenai seekor "buaya darat" sampai ke pengetahuan Leftenan van Steyn van Hensbroek dalam pentadbiran jajahan Belanda.[6] Ia kemudian diperkenalkan ke seluruh dunia pada tahun 1912 melalui karya bertulis Peter Ouwens, pengarah Museum Zoologi Bogor. Haiwan ini juga diabadikan sebagai cap atau lambang muzium tersebut.
Taburannya mengecil kerana kegiatan manusia dan mungkin akan mengecil lebih lanjut kerana kesan perubahan iklim; oleh itu, biawak ini disenaraikan sebagai spesies terancam dalam Senarai Merah IUCN. Spesies biawak ini spesies "satwa yang dilindungi" di bawah undang-undang Indonesia,[5] Taman Nasional Komodo didirikan pada tahun 1980 untuk membantu usaha perlindungannya.