Bendera Habsyah
From Wikipedia, the free encyclopedia
Bendera Habsyah (Amhara: የኢትዮጵያ ሰንደቅ ዓላማ, yäItyoṗya Sändäq ʿAlamacode: am is deprecated ; or የኢትዮጵያ ባንዲራ, yäItyoṗya Bandira) terdiri daripada sebidang jalur tiga warna hijau, kuning dan merah berserta suatu lambang pentagram. Rekaan asal bendera ini diperkenalkan pada 1912[1], bentuk terbaharunya pula dimutakhirkan pada 6 Februari 1996.
Kejayaan kerajaan duluan negara Habsyah menumpaskan Itali dalam Pertempuran Adwa menjadikan bendera tersebut sebagai suatu perlambangan kepada kekuatan sesebuah kerajaan benua Afrika yang merdeka daripada kesan penjajahan sehingga dikagumi para pejuang kemerdekaan se-Afrika; maka warna-warna dalam bendera ini ada dipakai negara-negara benua tersebut selepas merdeka sebagai hubungan kepada fahaman Pan-Afrikanis didukung.