Banjir Arab Saudi 2009
From Wikipedia, the free encyclopedia
Pada tahun 2009, sebuah banjir besar menjejaskan kawasan Jeddah, di pantai Laut Merah (barat) Arab Saudi, dan kawasan-kawasan lain di wilayah Makkah.[2][3] Banjir ini telah disifatkan oleh para pegawai pertahanan awam sebagai yang terburuk dalam masa 27 tahun.[4] Tepat pada 29 November 2009, dilaporkan 106 orang telah terbunuh,[1] manakala 350 orang lagi hilang.[2] Sebilangan jalan raya ditenggelami sedalam satu meter pada 26 November, sementara kebanyakan mangsanya dipercayai lemas dalam kereta sendiri. Sekurang-kurangnya 3,000 buah kenderaan dihanyutkan atau dimusnahkan oleh banjir.[2][5][6] Bilangan mangsa terkorban dijangka meningkat setelah air bah surut untuk membolehkan pasukan penyelamat mencari kenderaan yang terkandas.[7]
Tarikh | – |
---|---|
Tempoh | 25 November 2009 |
Tempat | Jeddah dan kawasan-kawasan lain di wilayah Makkah |
Lokasi | Arab Saudi |
Kematian | 106 [1] (lebih 350 hilang) |
Harta benda rosak | SAR 1 juta (kerugian perniagaan sahaja)AS$270 juta (kerugian perniagaan sahaja) |
Hujan lebat berukuran lebih 90 milimeter (3½ inci) bercurah di Jeddah dalam masa empat jam sahaja pada 25 November,[2][5] iaitu hampir dua kali purata taburan hujan sepanjang tahun,[8] menjadikannya hujan yang terlebat di Arab Saudi dalam masa sedekad.[9] Banjirnya tiba dua hari sebelum Aidiladha[4] dan di tengah-tengah perarakan haji tahunan ke Makkah.[10] Kerugian perniagaan dianggarkan pada sebilion riyal (AS$270 juta).[note 1] Kawasan-kawasan perumahan kurang berpendapatan di selatan Jeddah teruk terjejas khususnya,[11][12] begitu juga kawasan sekeliling Universiti Raja Abdulaziz yang ditutup sempena cuti ketika berlakunya banjir, sekaligus mengelakkan ramai lagi mangsa terkorban.[13]