Balai Cerap Parkes
Balai cerap teleskop radio, terletak 20 kilometer di utara bandar Parkes, New South Wales, Australia / From Wikipedia, the free encyclopedia
Balai Cerap Parkes (juga dikenali secara tidak rasmi sebagai "The Dish"[1]) adalah sebuah balai cerap teleskop radio. Ia terletak 20 kilometer di utara bandar Parkes, New South Wales, Australia. Balai Cerap Parkes merupakan salah sebuah daripada beberapa buah antena radio yang digunakan untuk menerima imej-imej televisyen secara langsung daripada Apollo 11 yang telah mendarat di Bulan pada hari Isnin, 21 Julai 1969 waktu tempatan di Australia, dan hari Ahad, 20 Julai di Amerika Syarikat. Sumbangan saintifiknya selama berdekad-dekad menyebabkan ABC memperincikan ia sebagai "peralatan saintifik paling berjaya yang pernah dibina di Australia"[1] selepas 50 tahun beroperasi.
Fakta Segera Organisasi, Lokasi ...
Organisasi | Commonwealth Scientific and Industrial Research Organisation |
---|---|
Lokasi | Parkes, New South Wales, Australia |
Koordinat | 32°59′52″S 148°15′47″E |
Laman web | www |
Teleskop | Parkes 12-metre telescope Parkes 18-metre telescope Parkes Radio Telescope |
Media berkaitan di Wikimedia Commons | |
Tutup