Balai Cerap Arecibo
From Wikipedia, the free encyclopedia
Balai Cerap Arecibo (bahasa Inggeris: Arecibo Observatorycode: en is deprecated ) ialah sebuah teleskop radio di kawasan perbandaran Arecibo, Puerto Rico. Balai cerap ini dikendalikan oleh SRI International, USRA dan UMET, di bawah persetujuan kerjasama dengan National Science Foundation (NSF).[3][4] Balai cerap ini juga dipanggil National Astronomy and Ionosphere Center, walaupun "NAIC" merujuk kepada kedua-dua balai cerap dan kakitangan yang menjalankannya.[5] Sejak pembinaannya pada 1960-an ke pembukaan rasmi pada 1 November 1963 hingga selewat 2011, balai cerap ini diuruskan oleh Universiti Cornell .Teleskop radio 1,000 ka (305 m) balai cerap ini ialah teleskop bukaan tunggal terbesar di dunia. Ia digunakan dalam tiga bidang penyelidikan utama: astronomi radio, aeronomi dan astronomi radar. Ahli sains yang mahu menggunakannya perlu menghantar kertas cadangan yang dinilai oleh sebuah lembaga saintifik bebas.
Dinamakan selepas | Arecibo, Puerto Rico |
---|---|
Organisasi | University of Central Florida |
Kod pemerhati | [Senarai kod pemerhatian#251 251] |
Lokasi | Arecibo, Puerto Rico, Puerto Rico, Amerika Syarikat |
Koordinat | 18°20′48″N 66°45′12″W |
Altitud | 498 m (1,634 ka) |
Laman web | www |
Teleskop | Arecibo 12m radio telescope Arecibo Radio Telescope |
Media berkaitan di Wikimedia Commons | |
Pusat Astronomi dan Ionosfera Negara | |
Daftar Tempat Bersejarah Kebangsaan A.S. | |
Daerah bersejarah AS | |
Bandar terdekat | Arecibo |
Luas | 118 ekar (48 he) |
Arkitek | Kavanaugh, T. C. |
Jurutera | von Seb, Inc., T. C. Kavanaugh dari Praeger-Kavanagh, dan Severud-Elstad-Krueger Associates[1] |
No. rujukan NRHP | 07000525 |
Ditambahkan ke NRHP | 23 September 2008[2] |
Ia mengalami seberapa kerosakan utama akibat dilanda bencana besar seperti Taufan Maria pada tahun 2017 dan gempa-gempa bumi tahun 2019 dan 2020; dua kabel penyokong utama ia diperhatikan rosak berdasarkan pemantuan dibuat pada bulan-bulan Ogos dan November 2020; dan disebabkan ini balai cerap ini ditutup atas faktor keselamatan. Pada 1 Disember 2020 teleskop utama runtuh sebelum runtuhan terkawal dapat dilakukan.
Observatorium ini juga merangkumi teleskop radio, kemudahan LIDAR, dan pusat pelawat, semua yang diharapkan akan terus beroperasi setelah kerosakan dari keruntuhan teleskop utama dinilai.[6][7]