Bahasa Sepanyol Yahudi
From Wikipedia, the free encyclopedia
Bahasa Sepanyol Yahudi atau Yahudi-Sepanyol (autonim djudeoespanyolcode: lad is deprecated , tulisan Ibrani: גﬞודﬞיאו־איספאנייולcode: lad is deprecated ),[2] juga dipanggil bahasa Ladino, ialah sebuah bahasa Romawi yang berasal daripada bahasa Sepanyol Lama.
Bahasa Sepanyol Yahudi | |
---|---|
Bahasa Ladino | |
| |
![]() Judeoespañol dalam tulisan Solitreo dan Rasyi | |
Sebutan | [dʒuˈðeo͜ s.paˈɲol][lower-alpha 1] |
Asli kepada | Israel, Turki, Greece (12 dilaporkan pada tahun 2017), Bosnia dan Herzegovina (4 dilaporkan pada tahun 2018), Brazil (dialek Haketia) |
Kawasan | Lembangan Mediterranean (kawasan asal), dahulunya juga benua Amerika |
Etnik | Yahudi Sefardi |
Penutur bahasa | 51,000 (2018)e25 |
Indo-Eropah
| |
Bentuk awal | Latin Lama
|
Dialek/loghat |
|
Utamanya abjad Latin; juga Ibrani (biasanya menggunakan Rasyi atau Solitreo); dahulunya abjad abjad Yunani, Cyril dan Aljamiado (Arab-Parsi) | |
Status rasmi | |
Bahasa minoriti dikenali di | |
Kod bahasa | |
ISO 639-2 | lad Ladino |
ISO 639-3 | lad Ladino |
Glottolog | ladi1251 |
ELP | Ladino |
Linguasphere | 51-AAB-ba … 51-AAB-bd |
IETF | lad |
![]() Komuniti berbahasa Yahudi-Sepanyol bersejarah tinggal di sekitar Mediterranean. Bulatan menunjukkan di mana komuniti ini masih wujud hari ini. | |
Rencana ini mengandungi simbol fonetik IPA. Tanpa sokongan perisian tertentu, anda mungkin melihat tanda tanya, kotak, atau simbol lain dan bukannya askara Unicode. Untuk panduan pengenalan mengenai simbol IPA, lihat Bantuan:IPA. |
Asalnya dituturkan di Sepanyol, kemudian selepas Perintah Pengusiran Alhambra tersebut di seluruh Empayar Uthmaniyah (Balkan, Turki, Asia Barat, dan Afrika Utara) serta Perancis, Itali, Belanda, Maghribi, dan England, hari ini ia ditutur sebahagian banyaknya oleh minoriti Sefardi di lebih daripada 30 buah negara, dengan kebanyakan penuturnya tinggal di Israel.[3] Walaupun tiada status rasmi di mana-mana negara, ia telah diakui sebagai bahasa minoriti di Bosnia dan Herzegovina, Israel dan Perancis. Pada tahun 2017, ia telah diiktiraf secara rasmi oleh Akademi Diraja Sepanyol.[4]
Kosa kata teras Sepanyol Yahudi ialah bahasa Sepanyol Lama, dan ia mempunyai banyak unsur daripada bahasa Romawi lama lain di Semenanjung Iberia: Aragon Lama, Asturleon, Katalan Lama, Galicia-Portugis, dan Andalusia.[5] Bahasa ini telah diperkayakan dengan kota kata bahasa Turki Uthmaniyah dan Semitik, seperti Ibrani, Aram dan Arab—terutamanya dalam bidang agama, undang-undang dan kerohanian—dan kebanyakan kosa kata untuk konsep-konsep baharu dan moden telah diserap daripada bahasa Perancis dan Itali. Tambahan pula, bahasa ini dipengaruhi sedikit sebanyak oleh bahasa-bahasa di Balkan, seperti Yunani, Bulgaria dan Serbo-Croatia.