Bahasa Romania
From Wikipedia, the free encyclopedia
Bahasa Romania (limba română, IPA: ['lim.ba ro'mɨ.nə]) merupakan satu bahasa Romawi yang dituturkan oleh kira-kira 24 juta hingga 28 juta orang[1], terutamanya di Romania dan Moldova. Bahasa ini mempunyai kedudukan rasmi di Romania, Moldova, dan Provinsi Autonomi Vojvodina di Serbia. Bentuk rasmi Bahasa Moldova [2] di Republik Moldova adalah saling tak tumpah dengan Bahasa Romania, walaupun pada tahun 2000, terdapat sedikit perbezaan dalam ejaan, yang akhirnya dimansuhkan.[3] Bahasa Romania juga merupakan satu bahasa rasmi dan bahasa pentadbiran di beberapa komuniti dan pertubuhan seperti Kesatuan Latin dan Kesatuan Eropah.
Bahasa Romania | |
---|---|
Română | |
Sebutan | [ro'mɨ.nə] |
Asli kepada | Romania, Republik Moldova, Bulgaria, Kanada, Amerika Syarikat, Rusia, Sepanyol, Ukraine, Israel, Serbia, Hungary; komuniti di sekitar Semenanjung Balkan. |
Kawasan | Eropah Tenggara, sesetengah komuniti di Timur Tengah |
Penutur bahasa | Bahasa utama: 24 juta Bahasa sekunder: 4 juta [1] |
Indo-European
| |
Status rasmi | |
Bahasa rasmi di | Moldova [2] Romania Vojvodina (Serbia) Kesatuan Eropah |
Dikawal selia oleh | Academia Română |
Kod bahasa | |
ISO 639-1 | ro |
ISO 639-2 | rum (B) ron (T) |
ISO 639-3 | ron |
Penutur Bahasa Romania juga terdapat di banyak negara yang lain, terutamanya Itali, Sepanyol, Israel, Portugal, United Kingdom, Amerika Syarikat, Kanada, Perancis, dan Jerman.