Atlanta Braves
From Wikipedia, the free encyclopedia
Atlanta Braves merupakan pasukan besbol Amerika yang berpusat di Atlanta, Amerika Syarikat. Braves bertanding di Major League Baseball (MLB) sebagai anggota National League (NL) East. Braves telah diasaskan di Boston, Massachusetts pada tahun 1871, yang dikenali pada masa itu sebagai Boston Red Stockings. Kelab ini telah menggunakan pelbagai nama sehingga ia mengguna pakai nama Boston Braves pada tahun 1912. Braves merupakan pasukan sukan profesional tertua di Amerika yang masih aktif sehingga kini.[7][lower-alpha 2]
Atlanta Braves | |||||
---|---|---|---|---|---|
Musim 2024 Atlanta Braves | |||||
Ditubuhkan pada 1871 | |||||
Berpusat di Atlanta sejak tahun 1966 | |||||
| |||||
Gabungan liga utama | |||||
| |||||
Seragam terkini | |||||
Nombor tidak digunakan |
| ||||
Warna | |||||
| |||||
Nama | |||||
| |||||
Gelaran lain | |||||
| |||||
Ballpark | |||||
| |||||
Kejuaraan Liga Utama | |||||
Kejuaraan Siri Dunia (4) |
| ||||
NL Pennant (18) |
| ||||
NA Pennants (4) |
| ||||
NL East Kejuaraan Divisyen (17) |
| ||||
NL West Division titles (5) |
| ||||
Kemunculan Wild card (2) |
| ||||
Pejabat pengurusan | |||||
Pemilik | Atlanta Braves Holdings Inc. (NASDAQ: BATRA)[4] | ||||
Pengurus | Brian Snitker | ||||
Pengurus Besar | Alex Anthopoulos[5] | ||||
Presiden Operasi Besbal | Alex Anthopoulos[6] |
Selepas 81 musim dengan hanya merangkul satu gelaran Siri Dunia di Boston, pasukan ini berpindah ke Milwaukee, Wisconsin pada tahun 1953. Dengan dibarisi pemain-pemain bintang seperti Hank Aaron, Eddie Mathews dan Warren Spahn, Milwaukee Braves menjuarai Siri Dunia pada tahun 1957. Walaupun meraih kejayaan, kehadiran penonton mula merosot. Pemilik kelab kemudian memindahkan pasukan ke Atlanta, Georgia pada tahun 1966.
Braves tidak dapat mengecapi banyak kejayaan ketika di Atlanta sehingga tahun 1991. Dari tahun 1991 hingga 2005, Braves merupakan antara pasukan paling berjaya dalam besbol apabila meraih 14 kejuaraan divisyen berturut-turut,[8][9][10] melakukan lapan kemunculan National League Championship Series berturut-turut (menghasilkan rkekod MLB) serta melahirkan barisan pelempar terbaik dalam sejarah besbol termasuk pemain Dewan Kemahsyuran seperti Greg Maddux, John Smoltz dan Tom Glavine.
Braves merupakan satu daripada dua pasukan asal National League yang beraksi dalam kemunculan sulung mereka pada 1876. Kelab ini telah menjuarai 22 gelaran divisyen MLB, 18 pennant National League dan empat kejuaraan Siri Dunia. Braves juga merupakan pasukan tunggal MLB yang menjuarai Siri Dunia di tiga bandar berbeza. Sehingga penghujung musim 2022, rekod menang-kalah Braves secara keseluruhannya ialah 10,921-10,818.[11]