Atahualpa
From Wikipedia, the free encyclopedia
Atahualpa, Atabalipa atau Atawallpa (Quechua) (20 Mac 1497 – 29 Ogos 1533) ialah Inka Qhapaq (Sapa Inca) (Inca berkuasa) bangsa Tawantinsuyu (Empayar Inca) sebelum penaklukan oleh Sepanyol. Atahualpa menjadi maharaja apabila beliau menewas dan menghukum bunuh abang tirinya Huáscar dalam perang saudara yang tercetus berikutan kematian bapa mereka, Inca Huayna Capac, akibat jangkitan sebuah penyakit berjangkit (kemungkinan cacar).[1]
Rencana ini mungkin boleh dikembangkan melalui teks yang diterjemah daripada rencana yang sepadan dalam Wikipedia Bahasa Sepanyol. (November 2022)
Klik [tunjuk] pada sebelah kanan untuk melihat maklumat penting sebelum menterjemahkan.
|
Semasa penaklukan oleh Sepanyol, seorang berbangsa Sepanyol, Francisco Pizarro, menawan Atahualpa dan menggunanya untuk mengawal Empayar Inca. Akhirnya Sepanyol membunuh Atahualpa dan dengan itu menghapuskan empayar. Mahupun beberapa maharaja tampil mengguna gelaran Sapa Inca untuk memimpin pergerakan Inca menentang Sepanyol, empayar mula runtuh selepas kematian Atahualpa.