Arthur Miller
From Wikipedia, the free encyclopedia
Arthur Asher Miller (17 Oktober 1915 – 10 Februari 2005) ialah sebuah penulis drama dan esei Amerikan dalam bidang teater Amerika pada abad ke-20. Karya-karya masyhurnya termasuk All My Sons (1947), Death of a Salesman (1949), The Crucible (1953) dan A View from the Bridge (1955, rekaan semula pada 1956). Beliau menulis beberapa skrip filem dan paling dikenali menerusi karyanya dalam The Misfits (1961). Drama Death of a Salesman telah tersenarai dalam beberapa senarai drama terbaik Amerika pada abad ke-20.
Arthur Miller | |
---|---|
Lahir | Arthur Asher Miller (1915-10-17)17 Oktober 1915 Harlem, New York City, U.S. |
Meninggal dunia | Februari 10, 2005(2005-02-10) (umur 89) Roxbury, Connecticut, U.S. |
Pekerjaan |
|
Alma mater | Universiti Michigan |
Karya terkenal |
|
Anugerah |
|
Pasangan |
|
Anak | 4; termasuk Rebecca |
Saudara |
|
Tandatangan | |
Miller lazim mendapat perhatian awam, terutamanya pada tempoh akhir 1940-an hingga awal 1960-an. Ketika ini, beliau memenangi Hadiah Pulitzer bagi Drama serta berkahwin dengan Marilyn Monroe. Pada 1980, Miller menerima Anugerah Kesusasteraan St. Louis daripada badan persatuan perpustakaan Unversiti Saint Louis.[1][2] Beliau juga memperoleh Praemium Imperiale [ada 2001, Anugerah Putera Asturias pada 2002 serta Hadiah Jerusalem pada 2003 dan Hadiah Dorothy dan Lillian Gish in 1999.[3]