Arkib Negara (United Kingdom)
From Wikipedia, the free encyclopedia
Arkib Negara (TNA) adalah sebuah jabatan kerajaan bukan kementerian di United Kingdom,[2] di mana ia terletak di bawah Jabatan Digital, Budaya, Media dan Sukan.[3] TNA merupakan arkib rasmi bagi kerajaan UK serta untuk England dan Wales, di mana jabatan ini ialah "penjaga bagi beberapa dokumen paling ikonik negara sejak lebih seribu tahun lalu".[4] Terdapat arkib negara berasingan untuk Scotland (Rekod Negara Scotland) dan Ireland Utara (Pejabat Rekod Awam Ireland Utara).
The National Archives (Inggeris) Yr Archifau Cenedlaethol (Wales) | |
Intisari agensi | |
---|---|
Dibentuk | April 2003; 21 tahun yang lalu (2003-04) |
Jenis | Jabatan bukan kementerian |
Bidang kuasa | England dan Wales, Kerajaan United Kingdom |
Ibu pejabat | Kew, Richmond upon Thames, London Raya TW9 4DU 51°28′52″N 0°16′46″W |
Kakitangan | 679 |
Belanjawan tahunan | £43.9 juta (2009–2010)[1] |
Menteri bertanggungjawab |
|
Eksekutif Jabatan bukan kementerian |
|
Agensi induk | Jabatan Digital, Budaya, Media dan Sukan |
Agensi-agensi anak |
|
Dokumen penting | |
Laman sesawang | www |
TNA dahulunya merupakan empat organisasi berasingan: Pejabat Rekod Awam (PRO), Suruhanjaya Manuskrip Sejarah, Pejabat Penerangan Sektor Awam (OPSI) dan Pejabat Alat Tulis Baginda Ratu (HMSO). Pejabat Rekod Awam masih lagi ada sebagai sebuah entiti sah kerana undang-undang yang membolehkan belum dipinda,[5][6] dan dokumen-dokumen yang dipegang oleh institusi itu masih lagi dipetik oleh ramai cendekiawan sebagai sebahagian daripada PRO.[7] Sejak tahun 2008, TNA juga menghoskan Pangkalan Data Undang-undang Statut UK yang kini dikenali sebagai legislation.gov.uk.