Anugerah Cy Young
From Wikipedia, the free encyclopedia
Anugerah Cy Young (bahasa Inggeris: Cy Young Awardcode: en is deprecated ) merupakan anugerah tahunan yang diberikan kepada pitcher terbaik di Major League Baseball (MLB) yang terbahagi kepada dua kategori iaitu American League (AL) dan National League (NL). Anugerah Cy Young mula diperkenalkan pada tahun 1956 oleh Pesuruhjaya Besbol Ford Frick sebagai tanda penghargaan kepada pitcher Balai Kemahsyuran, Cy Young yang meninggal dunia pada 1955. Anugerah ini asalnya disampaikan kepada seorang pitcher untuk seluruh MLB tetapi pada tahun 1967, selepas persaraan Frick, anugerah ini mula disampaikan kepada pitcher di setiap liga.[1][2]
Anugerah berdasarkan setiap liga akan diundi oleh anggota Baseball Writers' Association of America, yang mempunyai seorang perwakilan dari setiap pasukan. Sehingga musim 2010, setiap pengundi akan meletakkan satu undi kepada pitcher di tempat pertama, kedua, ketiga, keempat dan kelima dari setiap liga. Rumus untuk mengira skor akhir ialah jumlah hasil tambah undian. [A] Pitcher yang mengutip skor tertinggi di setiap liga akan layak menjadi pemenang.[1] Sekiranya terdapat dua pitcher berkongsi bilangan undi yang sama, anugerah tersebut akan dikongsi.[3] Dari tahun 1970 sehingga 2009, penulis akan mengundi tiga orang pitcher dengan rumus sebanyak lima mata untuk pitcher di tempat pertama, tiga mata untuk pitcher di tempat kedua dan satu mata untuk pitcher di tempat ketiga. Sebelum tahun 1970, penulis hanya mengundi untuk pitcher terbaik dengan menggunakan rumus satu mata setiap undian.