Amber Tamblyn
From Wikipedia, the free encyclopedia
Amber Rose Tamblyn (lahir 14 Mei 1983)[1] ialah seorang pelakon, penulis, dan pengarah Amerika Syarikat. Beliau pertama kali mendapat perhatian menerusi siri televisyen General Hospital sebagai Emily Quartermaine, diikuti oleh peranan utama dalam siri Joan of Arcadia, memegang watak utama, Joan Girardi, yang mana beliau menerima pencalonan Primetime Emmy dan Golden Globe. Karya filem utamanya termasuk peranan seperti Tibby Rollins dari dua filem pertama The Sisterhood of the Traveling Pants (2005–2008), serta Katie Embry dalam The Ring (2002), Aubrey Davis dalam The Grudge 2 (2006) dan Megan McBride dalam 127 Hours (2010); beliau mempunyai arka diperpanjang sebagai Martha M. Masters dalam drama bersiri House. Beliau turut memegang wataj sebagai Jenny dalam musim sebelas dan dua belas dari sitkom CBS Two and a Half Men.[2][3]
Amber Tamblyn | |
---|---|
Kelahiran | Amber Rose Tamblyn (1983-05-14) 14 Mei 1983 (umur 40) Santa Monica, California, A.S. |
Pekerjaan |
|
Tahun aktif | 1995–kini |
Pasangan | David Cross (k. 2012) |
Anak-anak | 1 |
Ibu bapa | Russ Tamblyn Bonnie Murray |
Saudara | Eddie Tamblyn (datuk) |