Ahura Mazda
From Wikipedia, the free encyclopedia
Ahura Mazda (/əˌhʊərə ˈmæzdə/;[1] Bahasa Avesta: 𐬨𐬀𐬰𐬛𐬁 𐬀𐬵𐬎𐬭𐬀, translit. Ahura Mazdā; Parsi: اهورا مزدا, rumi: Ahurā Mazdācode: fa is deprecated ), [n 1] juga dikenali sebagai Oromasdes, Ohrmazd, Ahuramazda, Hourmazd, Hormazd, dan Hurmuz, ialah tuhan pencipta dalam agama Mazdayasna. Dia ialah semangat yang pertama dan paling kerap diseru dalam Yasna. Makna harfiah perkataan Ahura ialah "tuan", dan makna Mazda ialah "kebijaksanaan".
Penyeruan Ahura Mazda pertama kali berlaku semasa era Achaemenid (s. 550–330 SM). Ia tercatat pada Prasasti Behistun Darius Agung. Sebelum zaman pemerintahan Artaxerxes II (s. 405/404–358 SM), Ahura Mazda sahaja diseru untuk disembah dalam semua inskripsi kerajaan yang ada pada waktu itu. Semasa zaman Artaxerxes II, Ahura Mazda telah diseru dalam tiga serangkai bersama Mithra dan Anahita. Pada era Achaemenid, tiada perlambangan Ahura Mazda yang diketahui di istana selain kebiasaan bagi setiap maharaja untuk mempunyai kereta kuda kosong yang ditarik oleh kuda putih dengan niat untuk menjemput Ahura Mazda bagi mengiringi tentera Parsi dalam pertempuran. Walau bagaimanapun, imej-imej Ahura Mazda yang telah wujud dari abad ke-5 SM lagi telah dihentikan dan digantikan dengan patung-patung ukiran batu pada era Sassanid dan kemudiannya ditiadakan sama sekali hasil gerakan ikonoklastik yang disokong oleh dinasti Sassanid.