Adaptasi
From Wikipedia, the free encyclopedia
Rencana ini mengenai the evolutionary process. Untuk kegunaan lain, sila lihat Adaptasi (nyahkekaburan).
Templat:Evolution3
Adaptasi ialah proses evolusi yang mana sesebuah populasi mampu mempersuaikan dirinya dengan habitatnya.[1][2] Proses ini berlaku selama turun-temurun lamanya,[3] sebagai satu fenomena biologi yang asas.[4]
Istilah adaptasi juga bermaksud suatu sifat yang penting khususnya untuk kemandirian organisme.[5] Contohnya, penyesuaian gigi kuda untuk meragut rumput, atau kebolehan kuda berlari pantas untuk menjauhi pemangsa. Adaptasi sedemikian terhasil dalam sesebuah populasi apabila individu yang lebih mampu menyesuaikan diri lebih berkesan pembiakannya, iaitu melalui pemilihan semula jadi.