Zakir Husain (ahli politik)
From Wikipedia, the free encyclopedia
Zakir Husain dilahirkan pada 8 Februari 1897 – 3 Mei 1969 merupakana Presiden India ke-3 dari 13 Mei 1967 hingga ke akhir hayatnya pada 3 Mei 1969. Kerjaya awalnya ialah seorang pendidik, Zakir Husain merupakan Presiden India pertama yang dilantik dari kalangan umat Islam dan merupakan Presiden pertama yang meninggal dunia semasa masih menjawat jawatan tersebut. Tempoh pemerintahannya agak singkat dalam sejarah pemimpin di India. Sebelum menjawat ke jawatan Presiden, beliau merupakan Gabenor di Bihar dari tahun 1957 hingga 1962. Kemudian beliau dinaikkan pangkat ke jawatan Naib Presiden India untuk tempoh satu penggal dari tahun 1962 hingga 1967.
Zakir Husain | |
---|---|
ज़ाकिर हुसैन ذاکر حسینcode: ur is deprecated | |
Presiden India ke-3 | |
Dalam jawatan 13 Mei 1967 – 3 Mei 1969 | |
Perdana Menteri | Indira Gandhi |
Naib Presiden | Varahagiri Venkata Giri |
Didahului oleh | Sarvepalli Radhakrishnan |
Digantikan oleh | Varahagiri Venkata Giri (Pemangku) |
Naib Presiden India | |
Dalam jawatan 13 Mei 1962 – 12 Mei 1967 | |
Presiden | Sarvepalli Radhakrishnan |
Perdana Menteri | Jawaharlal Nehru Lal Bahadur Shastri Indira Gandhi |
Didahului oleh | Sarvepalli Radhakrishnan |
Digantikan oleh | Varahagiri Venkata Giri |
Gabenor Bihar | |
Dalam jawatan 6 Julai 1957 – 11 Mei 1962 | |
Ketua Menteri | Krishna Sinha Deep Narayan Singh |
Didahului oleh | R. R. Diwakar |
Digantikan oleh | Madabhushi Ananthasayanam Ayyangar |
Butiran peribadi | |
Lahir | (1897-02-08)8 Februari 1897 Hyderabad,[1] (kini Telangana, India) |
Meninggal dunia | 3 Mei 1969(1969-05-03) (umur 72) New Delhi, Delhi, India |
Parti politik | Bebas |
Pasangan | Shahjehan Begum |
Alma mater | HMS Islamia, Etawah Universiti Islam Aligarh Universiti Delhi Universiti Humboldt, Berlin |
Anugerah | Bharat Ratna (1963) |
Zakir Husain merupakan bekas pengasas universiti Jamia Milia Islamia, ketika masih berkhidmat sebagai Naib Canselor dari tahun 1928. Dibawah pimpinan beliau, universiti tersebut menjalinkan perhubungan baik dengan Gerakan Pembebasan India ketika India di dalam proses pra kemerdekaan. Beliau dianugerahkan Bharat Ratna, penganugerahan tertinggi kepada rakyat India yang banyak berjasa kepada negara tersebut pada tahun 1963 .