Wilhelm List
From Wikipedia, the free encyclopedia
Wilhelm List (14 Mei 1880 – 17 Ogos 1971) adalah seorang Fil Marsyal Jerman semasa Perang Dunia II yang telah dituduh sebagai penjenayah perang oleh sebuah tribunal tentera Bersekutu selepas perang. List menjadi salah seorang dari 12 Jeneral yang dinaikkan pangkat dalam Upacara Fil Marsyal 1940 dan merupakan pegawai kanan ke-6 dalam senioriti Tentera Darat Jerman.
Fil Marsyal Wilhelm List | |
---|---|
Kelahiran | (1880-05-14)14 Mei 1880 Oberkirchberg berhampiran Ulm, Württemberg, Empayar Jerman |
Meninggal dunia | 17 Ogos 1971(1971-08-17) (umur 91) Garmisch-Partenkirchen, Jerman Barat |
Disemadikan | Tanah Perkuburan Munich Waldfriedhof |
Kesetiaan | Empayar Jerman (hingga 1918) Republik Weimar (hingga 1933) Jerman Nazi |
Tahun perkhidmatan | 1898–1942 |
Pangkat | Generalfeldmarschall |
Unit | Infantri |
Arahan | Tentera Darat Ke-14, 1939 Tentera Darat Ke-12, 1940-41 Kumpulan Tentera Darat A, 1942 |
Pertempuran | Perang Dunia I Perang Dunia II |
Anugerah | Darjah Kerabat Diraja Hohenzollern Knight Cross of the Iron Cross |
Tandatangan |
Pada tahun 1939, List memerintah Tentera Darat Ke-14 Jerman dalam pencerobohan Poland. Dari tahun 1939–1941, beliau memerintah Tentera Darat Ke-12 Jerman di Perancis dan Greece. Pada 1941, beliau adalah Panglima Angkatan Tentera Tenggara (Wehrmachtbefehlshaber Südost). Pada Julai 1942, beliau menjadi Panglima Kumpulan Tentera Darat A di Perbatasan Timur di Soviet Union.
Selepas perang, List didakwa dengan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan dan dibicarakan dalam Perbicaraan Tebusan tahun 1947. Beliau telah disabitkan kesalahan dan dihukum penjara seumur hidup. List dibebaskan awal, dan meninggal dunia pada 1971 sewaktu berusia 91 tahun.