Tumbuhan Ubat Köhler
From Wikipedia, the free encyclopedia
Tumbuhan Ubat Köhler (atau Köhler's Medizinal-Pflanzen ) adalah buku berbahasa Jerman yang menyenaraikan tumbuh-tumbuhan herba yang terkenal pada akhir abad ke-19 karangan Hermann Adolph Köhler (1834 - 1879, doktor dan ahli kimia) yang juga merupakan pengarang utamanya dan disunting selepas kematiannya oleh Gustav Pabst. Buku ini pada asalnya telah diterbitkan pada akhir abad ke-19 oleh Franz Eugen Köhler dari Gera. Tajuk lengkap buku ini ialah Tumbuhan Ubat Köhler yang berilustrasikan seperti yang sebenar beserta penerangan ringkasnya: Atlas untuk tumbuhan ubat yang berasal dari Jerman, Austria, Belgium, Denmark, Swizerland, Hungary, Rusia, Sweden, Belanda, tanaman perubatan Inggeris, berserta Kanun Perubatan, dan juga Tumbuhan Perubatan Amerika Syarikat. (Köhler's Medizinal-Pflanzen in naturgetreuen Abbildungen mit kurz erläuterndem Texte : Atlas zur Pharmacopoea germanica, austriaca, belgica, danica, helvetica, hungarica, rossica, suecica, Neerlandica, British pharmacopoeia, zum Codex medicamentarius, sowie zur Pharmacopoeia of the United States of Americacode: de is deprecated ).