Tulang belikat
From Wikipedia, the free encyclopedia
Dalam bidang anatomi, tulang belikat atau skapula merupakan tulang yang menyambungkan humerus (tulang pangkal lengan) dengan tulang selangka. Istilah "skapula" dipercayai datang daripada Yunani Purba σκάπτειν (skaptein), bermaksud "menggali". Pada awal zaman Rom, masyarakat menyangka bahawa tulang ini menyerupai alat kulir. Tulang belikat juga bergelar omo dalam peristilahan perubatan Latin.
Fakta Segera Butiran, Pengenalpastian ...
Tulang belikat | |
---|---|
Butiran | |
Pengenalpastian | |
nama bahasa Latin | Scapula |
MeSH | D012540 |
TA | A02.4.01.001 |
FMA | FMA:13394 |
Istilah anatomi tulang |
Tutup
Tulang belikat membentuk bahagian girdel bahu yang terletak di posterior (belakang). Pada manusia, tulang belikat ialah tulang leper yang berbentuk lebih kurang segi tiga dan terletak pada bidang posterolateral (sisian belakang) sangkar toraks.