Theodor Herzl
From Wikipedia, the free encyclopedia
Benjamin Ze'ev (Theodor) Herzl (bahasa Hungary: Herzl Tivadar, bahasa Ibrani: בנימין זאב הרצל Binyamin Ze'ev Herzl) (2 Mei 1860 - 3 Julai 1904) merupakan seorang wartawan dari Austria-Hungary berbangsa Yahudi yang dianggap sebagai bapa Zionisme politik moden.
Theodor Herzl | |
---|---|
Kelahiran | Benjamin Ze’ev Herzl (1860-05-02)2 Mei 1860 Pest, Kerajaan Hungary |
Meninggal dunia | 3 Julai 1904(1904-07-03) (umur 44) Edlach, Austria-Hungary |
Dikebumikan | 1904–1949: Döblinger Friedhof, Vienna, Austria 1949–sekarang: Gunung Herzl, Jerusalem, Israel 31°46′26″N 35°10′50″E |
Warganegara | Austria-Hungary |
Pendidikan | Law |
Pusat pendidikan | University of Vienna |
Pekerjaan | Penulis, pengarah dan lain-lain |
Terkenal kerana | Bapa pemodenan Zionism |
Pasangan | Julie Naschauer (k. 1889–1904) |
Tandatangan | |
Herzl dilahirkan di Budapest. Keluarganya berasal dari Zemun (yang kini berada di Serbia). Apabila Herzl berumur 18 tahun, keluarganya berpindah ke Vienna. Beliau menceburi bidang undang-undang di institusi pengajian, tetapi sangat berminat dalam kewartawanan dan kesusasteraan. Beliau bekerja sebagai wartawan untuk Neue Freie Presse yang beribu pejabat di Paris. Kemudian, beliau menjadi editor sastera Neue Freie Presse, dan mengarang beberapa komedi dan drama untuk teater Vienna.
Semasa berusia muda, Herzl menyerati persatuan Burschenschaft, yang memperjuangkan perpaduan rakyat Jerman. Karya awal beliau tidak menumpu kepada kehidupan orang Yahudi dan berisfat huraian dan bukannya politik.
Herzl membentangkan idea Zionisnya dalam dua karyanya Der Judenstaat (Negara Yahudi) dan Altneuland (Tanah Baru Lama).