Suruhanjaya 9/11
From Wikipedia, the free encyclopedia
Suruhanjaya Negara Tentang Serangan Pengganas Terhadap Amerika Syarikat (bahasa Inggeris: National Commission on Terrorist Attacks Upon the United Statescode: en is deprecated ), atau lebih dikenali sebagai Suruhanjaya 9/11 (9/11 Commission), didirikan pada 27 November 2002, dengan tujuan "menyediakan laporan yang selengkap-lengkapnya tentang keadaan sekitar serangan 11 September 2001", termasuk sejauh mana pihak berwajib bersiap sedia dan gerak balas segera terhadap serangan itu.
- Lihat juga: Laporan Suruhanjaya 9/11
Suruhanjaya ini juga dimandatkan untuk memberikan usul-usul yang bertujuan mencegah serangan sedemikian pada masa akan datang.
Dipengerusikan oleh bekas Gabenor New Jersey, Thomas Kean, suruhanjaya ini terdiri daripada lima orang ahli Demokrat dan lima orang ahli Republikan. Suruhanjaya ini dibentuk oleh perundangan Kongres, dan rang undang-undangnya diterima oleh Presiden George W. Bush.
Laporan muktamad suruhanjaya ini adalah panjang lebar dan berasaskan temu ramah dan testimoni yang terperinci. Kesimpulan utamanya adalah bahawa kegagalan Agensi Perisikan Pusat (CIA) dan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) membolehkan serangan pengganas itu berlaku, dan seandainya agensi-agensi tersebut bertindak dengan lebih bijaksana dan agresif, serangan itu mungkin dapat dielakkan.
Selepas penerbitan laporan muktamadnya, suruhanjaya ini ditutup pada 21 Ogos 2004.[1] Suruhanjaya ini merupakan usaha penyiasatan terakhir oleh kerajaan persekutuan terhadap peristiwa 9/11, selain laporan NIST mengenai keruntuhan 7 World Trade Center.