Sergio Pérez
From Wikipedia, the free encyclopedia
Sergio Michel "Checo" Pérez Mendoza (lahir pada 26 Januari 1990[2]), juga dikenali sebagai "Checo" Pérez, ialah seorang pemandu kereta lumba dari negara Mexico, yang kini memandu untuk Red Bull, dan sebelum ini memandu untuk Sauber, McLaren, Force India, dan Racing Point. Beliau telah memenangi 6 perlumbaan Grand Prix dan mendapat 35 penamat podium.
Sergio Pérez | |
---|---|
Kelahiran | Sergio Michel Pérez Mendoza (1990-01-26) 26 Januari 1990 (umur 34) Guadalajara, Jalisco, Mexico |
Pekerjaan | Pemandu kereta lumba |
Ketinggian | 1.73 m (5 ka 8 in) |
Kerjaya Kejuaraan Dunia Formula Satu | |
Kewarganegaraan | Mexico |
Pasukan 2024 | Red Bull Racing-Honda RBPT[1] |
Nombor kereta | 11 |
Entri | 261 (257 permulaan) |
Kejuaraan | 0 |
Kemenangan | 6 |
Podium | 35 |
Mata kerjaya | 1.486 |
Petak pertama | 3 |
Pusingan terpantas | 11 |
Perlumbaan pertama | Grand Prix Australia 2011 |
Kemenangan pertama | Grand Prix Sakhir 2020 |
Kemenangan terakhir | Grand Prix Azerbaijan 2023 |
Perlumbaan terakhir | Grand Prix Abu Dhabi 2023 |
Kedudukan 2023 | Ke-2 (285 mata) |
Laman web rasmi | Tapak web rasmi |
Tandatangan | |
Beliau memenangi perlumbaan Grand Prix pertamanya untuk Racing Point di Grand Prix Sakhir 2020, memecahkan rekod untuk bilangan permulaan sebelum kemenangan perlumbaan pada 190 perlumbaan.[3] Beliau memperoleh petak pertamanya di Formula Satu di Grand Prix Arab Saudi 2022, memecahkan rekod perlumbaan terbanyak sebelum memperoleh petak pertama pada 215 perlumbaan.[4]
Pérez adalah seorang ahli Akademi Pemandu Ferrari sehingga tahun 2012. Beliau juga mendapat podium pertamanya dalam Formula Satu di Grand Prix Malaysia 2012, dan ia menimbulkan spekulasi bahawa Pérez akan menyertai Ferrari pada masa akan datang.[5] Walau bagaimanapun, Pérez kemudiannya memberitahu kepada pemberita bahawa beliau dijangka kekal bersama Sauber sekurang-kurangnya sehingga akhir musim 2012.[6] Oleh kerana usia muda dan prestasinya, beliau digelar sebagai "The Mexican Wunderkind".[7]
Pérez menyertai McLaren pada musim 2013, dengan mengantikan Lewis Hamilton, dan menjadi rakan sepasukan Jenson Button.