Sempadan Amerika Syarikat–Mexico
From Wikipedia, the free encyclopedia
Sempadan Mexico–Amerika Syarikat ialah sebuah sempadan di antara Amerika Syarikat dan Mexico.
Ia bermula dari Imperial Beach, California, dan Tijuana, Baja California, pada bahagian barat. Matamoros, Tamaulipas, dan Brownsville, Texas, pada bahagian timur. Ia merangkumi pelbagai rupa bumi, bermula dari kawasan urban terbesar sehingga gurun yang tidak sesuai didiami.
Dari Teluk Mexico, ia mengikuti perjalanan Rio Grande ke pelintasan sempadan di El Paso, Texas, dan Ciudad Juárez, Chihuahua. Dari barat ke timur ia melintasi Sonoran dan Gurun Chihuahuan yang luas. Kemudian ia melintasi Delta Sungai Colorado, barat ke San Diego dan Tijuana sebelum mencapai Lautan Pasifik. Sempadan AS-Mexico dianggap sebagai sempadan terbuka.[1]
Jumlah panjang sempadan ialah 3,169 km (1,969 bt), mengikut rajah yang diberikan oleh Sempadan dan Suruhanjaya Air Antarabangsa.[2] Ia ialah sempadan antarabangsa yang paling banyak dilintasi di dunia,[3][4][5] iaitu kira-kira tiga ratus lima puluh juta (350,000,000) lintasan setiap tahun.[6][4]