Sebastião dari Portugal
From Wikipedia, the free encyclopedia
Raja Sebastian I, Raja Portugal (dalam bahasa Portugis, Sebastião I, sɨbɐʃˈtiɐ̃ũ, o Desejado; telah diputerakan di Lisbon, pada 20 Januari 1554; mangkat di Alcazarquivir, 4 Ogos 1578) ialah Raja Portugal dan Algarves ke-16. Baginda ialah paduka anakanda dari Pangeran John dari Portugal dan raja permaisurinya, Permaisuri Joan dari Sepanyol. Nendanya ialah Raja John III dan Permaisuri Catherine dari Habsburg.