Richard II dari England
Raja England / From Wikipedia, the free encyclopedia
Untuk kegunaan lain, sila lihat Richard II.
Raja Richard II (6 Januari 1367 – c. 14 Februari 1400) ialah Raja England yang kelapan daripada Kerabat Plantagenet. Baginda bertakhta dari tahun 1377 sehingga baginda digulingkan pada tahun 1399. Raja Richard merupakan paduka putera kepada Putera Edward, Si Putera Hitam dan diputerakan semasa pemerintahan paduka nendanya, Raja Edward III. Pada usia empat tahun, Raja Richard berada pada kedudukan kedua dalam senarai pewaris takhta apabila paduka kakandanya, Putera Edward dari Angoulême jatuh mangkat dan pewaris mutlak apabila paduka ayahandanya mangkat pada tahun 1376. Apabila Raja Edward III mangkat pada tahun berikutnya, Raja Richard menaiki takhta pada usia 10 tahun.
Fakta Segera Raja Richard II, Raja England (lagi...) ...
Raja Richard II | |
---|---|
Raja England (lagi...) | |
Pemerintahan | 21 Jun 1377 – 30 September 1399 |
Kemahkotaan | 16 Julai 1377 |
Didahului oleh | Raja Edward III |
Diikuti oleh | Raja Henry IV |
Pemangku raja | John dari Gaunt (de facto) |
Keputeraan | (1367-01-06)6 Januari 1367 Bordeaux, Duchy dari Aquitaine |
Kemangkatan | c. 14 Februari 1400(1400-02-14) (umur 33) Istana Pontefract, Yorkshire |
Pemakaman | 6 March 1400 Kings Langley, Hertfordshire 1413 Westminster Abbey, London |
Raja permaisuri | Anne dari Bohemia (m. 1382–1394) Isabella of Valois (m. 1396–1400) |
Kerabat | Kerabat Plantagenet |
Ayahanda | Putera Edward, Si Putera Hitam |
Bonda | Joan, Countess ke-4 dari Kent |
Tandatangan |
Tutup