Presiden Venezuela
From Wikipedia, the free encyclopedia
Presiden Venezuela ialah ketua negara dan ketua kerajaan Venezuela. Sistem presiden semasa memperuntukkan tempoh 6 tahun bagi setiap penggal sehingga pilihan raya baru diadakan semula. Dalam pada itu pungutan undi boleh diadakan bila-bila masa dalam tempoh tiga tahun presiden berkuasa.
Jawatan presiden diberi kepada seseorang yang memenangi dalam pilihan raya sebagaimana deklarasi kemerdekaan selepas era pemerintahan penjajahan Sepanyol di Venezuela yang bermula 5 Julai 1811. Presiden pertama negara Venezela ialah Cristobal Mendoza.
Selepas kemerdekaan menerusi Peperangan Amerika Selatan dan selepas era Gran Colombia, ia dikenali sebagai Venezuela sekarang. Ada tempoh kekosongan antara tahun 1814 hingga 1819. Kongres Angostora telah melantik Simon Bolivar menjadi Ketua Pemerintah Republik Venezuela dari 1819 hingga 1830. Senarai dibawah termasuk tokoh pemangku jawatan presiden.