Perlanggaran pertengahan udara Überlingen 2002
From Wikipedia, the free encyclopedia
Bashkirian Airlines Flight 2937, no. pendaftaran RA-85816, adalah kapal terbang penumpang Tupolev Tu-154M dalam perjalanan dari Moscow ke Barcelona. DHL Flight 611, no. pendaftaran A9C-DHL, adalah kapal terbang kargoBoeing 757-23APF terbang dari Bergamo, Itali, ke Brussel, Belgium. Dua kapal terbang ini berlanggar di udara pada 1 Julai 2002, pada 21:35 (UTC) di sekitar pekan Owingen dan Überlingen di Jerman, (berdekatan Tasik Constance), mengorbankan kesemua 71 orang di dalam kedua-dua kapal terbang itu[5]. Biro Penyiastan Kemalangan Kapal Terbang Kebangsaan Jerman (BFU) membuat kesimpulan pada 19 Mei 2004, di mana kemalangan itu berpunca dari masalah yang melibatkan sistem pengawal lalu lintas udaradan maslah penggunaan sistem amaran pelanggaran.[BFU 1] Pada 24 Februari 2004, pengawal yang bertugas pada waktu itu, Dane Peter Nielsen, ditikam hingga mati oleh Vitaly Kaloyev[6] yang kehilangan isteri dan dua anaknya di dalam kemalangan itu.[7][8]
Kemalangan | |
---|---|
Tarikh | 1 July 2002 (2002-07) |
Ringkasan | Perlanggaran pertengahan udara melibatkan ralat ATC/anak kapal/rekaan/latihan |
Tapak kejadian | Überlingen, Jerman 47°46′42″N 9°10′26″E |
Jumlah kematian | 71 |
Jumlah terselamat | 0 |
Pesawat pertama | |
Jenis | Tupolev Tu-154M |
Pengendali | Bashkirian Airlines |
Kod pendaftaran | Templat:Airreg |
Asal penerbangan | Domodedovo Int Airport[BFU 1][1] Moscow, Russia |
Destinasi | Lapangan Terbang Antarabangsa Barcelona Barcelona, Sepanyol |
Penumpang | 60 |
Anak kapal | 9 |
Pesawat kedua | |
Jenis | Boeing 757-23APF[2] |
Pengendali | DHL |
Kod pendaftaran | Templat:Airreg |
Asal penerbangan | Lapangan Terbang Antarabangsa Bahrain[3][4] |
Perhentian | Lapangan Terbang Orio al Serio Bergamo, Itali |
Destinasi | Lapangan Terbang Brussel, Belgium |
Penumpang | 0 |
Anak kapal | 2 |