Pengguna:Tearfate/Pembunuhan beramai-ramai Srebrenica
From Wikipedia, the free encyclopedia
Pembunuhan beramai-ramai Srebrenica atau juga dikenali sebagai Genocid Srebrenica (Bahasa Inggeris: Srebrenica massacre atau Srebrenica Genocide),[1] merupakan pembunuhan beramai-ramai pada bulan Julai 1995 yang telah mengorbankan kira-kira 8,000 lelaki Bosniak, di daerah Srebrenica, Bosnia dan Herzegovina oleh unit-unit Tentera Republika Srpska (VRS) dibawah arahan Jeneral Ratko Mladić dalam Perang Bosnia. Tambahan kepada tentera Republika Srpska, satu unit separa tentera daripada Serbia dikenali sebagai "Scorpion" menyertai dalam pembunuhan beramai-ramai itu.[2][3][4][5][6]
Genocid Srebrenica merupakan pembunuhan beramai-ramai di Eropah yang terbesar sejak Perand Dunia II.[7] Dalam keputusan sebulat suara "Pendakwa v. Krstic", dewan rayuan-rayuan Tribunal jenayah antarabangsa untuk bekas Yugoslavia (ICTY), yang terletak di The Hague, mendakwa bahawa pembunuhan beramai-ramai Srebrenica merupakan suatu tindakan Genocid[8], Hakim Theodor Meron yang mewakili kes tersebut menyatakan:
- By seeking to eliminate a part of the Bosnian Muslims [Bosniaks], the Bosnian Serb forces committed genocide. They targeted for extinction the forty thousand Bosnian Muslims living in Srebrenica, a group which was emblematic of the Bosnian Muslims in general. They stripped all the male Muslim prisoners, military and civilian, elderly and young, of their personal belongings and identification, and deliberately and methodically killed them solely on the basis of their identity.[9]
Mahkamah Keadilan Antarabangsa dengan ini mengesahkan bahawa ICTY telah didapati pembunuhan beramai-ramai Srebrenica merupakan suatu tindakan genocid.[10] PBB sebelum ini telah mengistiharkan bahawa Srebrenica sebagai kawasan selamat dibawah jagaan PBB, tetapi mereka tidak menghalang pembunuhan beramai-ramai itu, walaupun terdapat 400 orang pasukan pengaman bersenjata Belanda ketika itu.[11] Pembunuhan itu juga melibatkan pembunuhan kanak-kanak separa-remaja, warga emas, dan wanita.[12] Senarai orang-orang yang hilang atau pun terbunuh di Srebrenica yang sediakan oleh Suruhanjaya Persekutuan untuk Orang-orang Hilang (Federal Commission of Missing Persons) telah menyenarai setakat ini sebanyak 8,373 nama.[13]