Pembakar roti
From Wikipedia, the free encyclopedia
Pembakar roti (Jawi: ڤمباکر روتيcode: ms is deprecated ) ialah sebuah perkakasan elektrik kecil yang direka untuk membakar kepingan roti dengan mendedahkan kepingan tersebut kepada haba yang kuat bagi menghasilkan roti bakar. Perkakas ini dapat membakar pelbagai jenis produk hirisan roti. Alat ini telah diciptakan di Scotland pada tahun 1893 dan kemudiannya melalui pembangunan selama bertahun-tahun, termasuk pengenalan sistem mekanisme automatik untuk menghentikan pembakaran dan pengeluaran kepingan roti.