Paul Ludwig Ewald von Kleist
From Wikipedia, the free encyclopedia
Paul Ludwig Ewald von Kleist (8 Ogos 1881 – 13 November 1954) adalah seorang Fil Marsyal Jerman semasa Perang Dunia II. Kleist dengan jayanya memimpin Kumpulan Panzer Kleist kemudian Kumpulan Panzer 1 semasa Pertempuran Perancis, Pertempuran Belgium, Kempen Balkan dan Operasi Barbarossa, iaitu pencerobohan Soviet Union. Beliau adalah Panglima Kumpulan Tentera Darat A semasa bahagian kedua Case Blue, iaitu penyerangan musim panas 1942 di selatan Rusia. Selepas perang, Kleist telah di ekstradisi ke Soviet Union dimana beliau dihukum penjara 25 tahun kerana jenayah perang; beliau meninggal dunia di penjara.
Fakta Segera Fil Marsyal, Kelahiran ...
Fil Marsyal Paul Ludwig Ewald von Kleist | |
---|---|
Kelahiran | (1881-08-08)8 Ogos 1881 Braunfels an der Lahn, Empayar Jerman |
Meninggal dunia | 13 November 1954(1954-11-13) (umur 73) Penjara Pusat Vladimir, Vladimir, Soviet Union |
Kesetiaan | Empayar Jerman (hingga 1918) Republik Weimar (hingga 1933) Jerman Nazi |
Perkhidmatan | Tentera Darat Jerman |
Tahun perkhidmatan | 1900–1938; 1939–1944 |
Pangkat | Generalfeldmarschall |
Unit | Kavalri |
Arahan | Panzergruppe von Kleist Panzergruppe 1 Tentera Darat Pertama Panzer Kumpulan Tentera Darat A |
Pertempuran | Lihat pertempuran
Perang Kemerdekaan Estonia
|
Anugerah | Knight Cross of the Iron Cross berserta Daun Oak dan Pedang |
Tutup