Otto Carius
komander kereta kebal Tentera Darat Jerman / From Wikipedia, the free encyclopedia
Otto Carius (27 Mei 1922 - 24 Januari 2015) merupakan seorang komander kereta kebal Jerman yang berkhidmat bersama Wehrmacht semasa Perang Dunia II. Beliau bertempur di Medan Timur pada 1943 dan 1944 dan di Medan Barat pada 1945. Carius dianggap sebagai "panzer ace", beberapa sumber memujinya dengan memusnahkan lebih daripada 150 kereta kebal musuh, walaupun Carius, dalam temu bual mendakwa beliau mempunyai rekod sekitar 100 buah kereta kebal dimusnahkan atau kurang. Ini juga disebabkan oleh fakta bahawa beliau tidak mengira kereta kebal yang dimusnahkan sebagai komander, dan sebaliknya hanya sebagai penembak. Beliau adalah penerima pingat Knight Cross berserta Daun Oak.
Fakta Segera Kelahiran, Meninggal dunia ...
Otto Carius | |
---|---|
Kelahiran | (1922-05-27)27 Mei 1922 Zweibrücken, Republik Weimar |
Meninggal dunia | 24 Januari 2015(2015-01-24) (umur 92) Herschweiler-Pettersheim, Jerman |
Kesetiaan | Jerman Nazi |
Perkhidmatan | Tentera Darat |
Tahun perkhidmatan | 1940–45 |
Pangkat | Oberleutnant |
Unit | Batalion Panzer Berat ke-502 Batalion Panzerjäger Berat ke-512 |
Pertempuran | Perang Dunia Kedua |
Anugerah | Knight Cross berserta Daun Oak |
Tugas lain | Ahli farmasi |
Tutup