Bangsa Jepun
suku bangsa di Jepun / From Wikipedia, the free encyclopedia
Orang Jepun (日本人code: ja is deprecated , Nihonjin, Nipponjin) merupakan suku etnik yang dikenal pasti sebagai mengamalkan budaya atau berketurunan Jepun. Istilah ini juga merujuk kepada orang yang memegang kewarganegaraan Jepun. Di seluruh dunia terdapat kira-kira 130 juta orang berketurunan Jepun; antaranya, lebih kurang 127 juta orang merupakan penduduk negara Jepun. Orang berketurunan Jepun yang tinggal di negara lain digelar Nikkeijin (日系人code: ja is deprecated ). Istilah "orang Jepun" juga digunakan dalam sesetengah konteks untuk merujuk kepada satu lokus suku kaum yang termasuk orang Yamato, Ainu, dan Ryukyu.
Fakta Segera Jumlah penduduk, Kawasan ramai penduduk ...
Jumlah penduduk | |
---|---|
Kira-kira 130 juta | |
Kawasan ramai penduduk | |
Jepun 127 juta | |
Brazil | 1,400,000 |
Amerika Syarikat | 1,200,000 |
Filipina | 150,000 |
China | 99,000 |
Kanada | 85,000 |
Peru | 81,000 |
United Kingdom | 51,000 |
Jerman | 34,000 |
Argentina | 30,000 |
Australia | 27,000 |
Singapura | 23,000 |
Mexico | 20,000 |
Taiwan | 16,000 |
Korea Selatan | 15,000 |
Bahasa | |
Jepun | |
Agama | |
Shinto, Buddha, kelompok-kelompok sekular yang besar
|
Tutup