Oberst
From Wikipedia, the free encyclopedia
Oberst (Sebutan bahasa Jerman: [ˈoːbɐst]) ialah pangkat pegawai medan paling kanan dalam beberapa negara yang bertutur Bahasa Jerman dan Scandinavia, setaraf dengan Kolonel. Ia kini digunakan oleh kedua-dua tentera darat dan tentera udara Austria, Jerman, Switzerland, Denmark, dan Norway. Pangkat överste Sweden adalah terjemahan langsung, begitu juga dengan pangkat eversti Finland dan pangkat ofursti Iceland. Di Belanda pangkat overste digunakan sebagai sinonim untuk Leftenan Kolonel.
Rencana ini mengenai pangkat Oberst OF-5 di negara yang bertutur bahasa Jerman. Untuk persamaan pangkat di negara berbahasa Inggeris, sila lihat Kolonel.