Nikon
From Wikipedia, the free encyclopedia
Nikon ialah singkatan bagi Nikon Corporation atau Nikon Corp. Nikon merupakan syarikat Jepun yang mengkhususkan pengeluaran kamera, binokular, mikroskop, alat pengukuran , alatan semikonduktur dan fotolitografi. Ia diasaskan pada 1917 dengan nama Nippon Kogaku Kogyo (Industri Optikal Jepun). Kemudian nama itu ditukar kepada Nikon Corp pada 1988. Nikon merupakan sebahagian dari syarikat konglomerat Mitsubishi Group.
Jenis/bentuk sah | Corporation TYO: 7731 |
---|---|
ISIN | JP3657400002 |
Industri | Imaging |
Ditubuhkan | Tokyo, Japan (1917) |
Ibu pejabat | Tokyo, Japan |
Tokoh penting | Michio Kariya, President, CEO & COO |
Keluaran | Precision equipment for the semiconductor industry, Digital imaging equipment and cameras, Microscopes, Optical measuring and inspection instruments, Lenses for glasses |
Hasil | ¥730.9 billion (Business year ending March 31, 2006) |
Bilangan kakitangan | 16,758 (Consolidated, as of March 31, 2005) |
Anak syarikat | Nikon UK, Nikon (United States) |
Tapak web | Nikon Global Gateway |
sunting · sunting di Wikidata |
Nama Nikon muncul sejak 1946 iaitu gabungan Nippon kogaku dengan Zeiss Ikon. Lensa kamera Nikkor dikeluarkan untuk kamera SLR (Single Lens Reflect). Nikonos pula ialah kamera yang digunakan dalam air. Siri kamera Nikon F ialah kamera profesional menggunakan filem 135 SLR. Kamera Nikon siri D merujuk kepada kamera Nikon Digital SLR. Nikon telah berjaya meningkatkan mutu kamera dalam fotografi digital untuk pengguna dan pengguna profesional. Jenama terkini ialah Nikon D200, D80, D70, D50, D40 dan terkini ialah D300.
Syarikat Nikon bersaing dengan jenama lain seperti Canon, Kodak, Sony, Pentax, Fujifilm dan Olympus. Nikon adalah pengeluar terbesar di dunia dan menguasai 44% pasaran .