My Country, 'Tis of Thee
From Wikipedia, the free encyclopedia
My Country, 'Tis of Thee ("Demimu, Negaraku") atau juga dikenal dengan judul "America" adalah sebuah lagu patriotik di Amerika Syarikat. Liriknya ditulis oleh Samuel Francis Smith[2] sementara melodi yang digunakan adalah melodi yang sama dengan lagu kebangsaan United Kingdom iaitu "God Save the Queen" digubah oleh Thomas Arne.
Lagu ini pernah menjadi salah satu lagu kebangsaan de facto Amerika Syarikat selain "Hail, Columbia" sebelum lagu "The Star-Spangled Banner" ditetapkan sebagai lagu kebangsaan rasmi Amerika Syarikat menggantikan kedua-duanya pada tahun 1931.[3]