Mohamed bin Hamzah
arkitek dan pereka bendera Malaysia / From Wikipedia, the free encyclopedia
Haji Mohamed bin Hamzah (Jawi: محمد بن حمزهcode: ms is deprecated ; 5 Mac 1918 - 19 Februari 1993) merupakan seorang pereka bentuk bendera yang ahli dalam bidang veksilologi dan arkitek Malaysia. Beliau merupakan pencipta Jalur Gemilang, iaitu Bendera Malaysia. Beliau bertugas sebagai seorang arkitek di negeri Johor dan telah ditugaskan untuk membina banyak struktur dan bangunan kerajaan di negeri tersebut.
Mohamed bin Hamzah PIS, PIL, PLP (Johor) | |
---|---|
محمد بن حمزه | |
Kelahiran | (1918-03-05)5 Mac 1918 Hospital Kandang Kerbau (kini Hospital Wanita dan Kanak-kanak KK), Singapura, Negeri-negeri Selat |
Meninggal dunia | 19 Februari 1993(1993-02-19) (umur 74) |
Tempat ditanam | Tanah Perkuburan Islam Kebun Teh, Johor Bahru, Johor, Malaysia |
Warganegara | Malaysia |
Pendidikan | Seni lukis |
Pusat pendidikan | Kolej Raffles, Singapura, Negeri-negeri Selat |
Pekerjaan | Arkitek |
Terkenal kerana | Mereka bentuk Bendera Malaysia, Jalur Gemilang |
Pasangan | Kamariah bte Alias Nong Hashim Rohaya Robangi binti Daud |
Anak-anak | Mariam binti Mohamed |
Ibu bapa | Hamzah bin Abdullah (bapa) Aminah binti Haji Tahir (ibu) |
Tandatangan | |
Beliau paling terkenal dengan karya-karyanya dalam mereka bentuk Bendera Malaysia (dahulunya Persekutuan Tanah Melayu), Jalur Gemilang. Apabila Persekutuan Tanah Melayu hendak ditubuh, negara tersebut memerlukan satu bendera baharu bagi menggantikan bendera Malayan Union. Beliau juga terkenal kerana mereka bentuk jata negeri Johor, kad jemputan kerajaan Johor, lambang kerajaan,[1] serta bangunan-bangunan seperti Dewan Jubli Intan di Johor.[2]