Mogok Persatuan Penulis Amerika 2007–2008
From Wikipedia, the free encyclopedia
Mogok Persatuan Penulis Amerika 2007–2008 diadakan oleh Persatuan Penulis Amerika Timur (Writers Guild of America, East, WGAE) dan Persatuan Penulis Amerika Barat (Writers Guild of America, West, WGAW).[1]Kedua-dua kesatuan sekerja WGAE dan WGAW ini mewakili penulis filem, televisyen dan radio yang bekerja di Amerika Syarikat. Lebih 12,000 orang penulis menyertai mogok ini[2] sejak 5 November 2007 hingga 12 Februari 2008.
Mogok ini bertujuan menentang Perikatan Penerbit Filem Cereka dan Televisyen (Alliance of Motion Picture and Television Producers, AMPTP), sebuah pertubuhan perdagangan yang mewakili kepentingan 397 orang penerbit filem dan televisyen Amerika[3], antaranya yang paling berpengaruh termasuk: CBS Corporation (diketuai Les Moonves), Metro-Goldwyn-Mayer (diketuai Harry E. Sloan), NBC Universal (diketuai Jeffrey Zucker), News Corporation/Fox (diketuai Peter Chernin), Paramount Pictures (diketuai Brad Grey), Sony Pictures Entertainment (diketuai Michael Lynton), Syarikat Walt Disney (diketuai Robert Iger), dan Warner Brothers (diketuai Barry M. Meyer).[4]
Pihak perunding bagi penulis yang mogok iniu mencapai kata sepakat sementara pada 8 Februari 2008, maka lembaga kedua-dua persatuan sebulat suara meluluskan perjanjian pada 10 Februari.[5] Pada 12 Februari, para penulis yang mogok mengundi sama ada hendak menarik balik perintah menahan, dan 92.5% mengundi untuk menamatkan mogok.[6] Para penulis akan mengundi sekali lagi pada bulan Februari sama hendak menerima perjanjian baru itu sendiri.[7]
Kesatuan-kesatuan ini bermogok selama 14 minggu dan 1 hari (100 hari). Kali terakhir berlakunya mogok yang seumpamanya pada tahun 1988 berlangsung selama 21 minggu dan 6 hari, menyebabkan industri hiburan AS rugi kira-kira $500 juta ($870 juta dalam nilai dolar 2007).[8][9]
Menurut laporan NPR yang difailkan pada 12 Februari 2008, mogok ini menyebabkan ekonomi Los Angeles kerugian kira-kira $1.5 bilion. Namun begitu, satu laporan dari Sekolah Pengurusan Anderson di Universiti California, Los Angeles hanya mencatat kerugiannya pada $380 juta.[10]