Minggu Emas (Jepun)
From Wikipedia, the free encyclopedia
Minggu Emas (Golden Week, ゴールデンウィーク) merupakan istilah Jepun untuk hari cuti umum yang bermula dari 29 April ke 5 Mei:
- 29 April, Hari Kehijauan (みどりの日)
- 3 Mei, Hari Peringatan Perlembagaan (憲法記念日),
- 4 Mei, Hari Cuti Bank (sejak 1985)
- 5 Mei, Hari Kanak-kanak (子供の日 Kodomo no hi), juga dikenali sebagai Hari Kanak-Kanak Lelaki (端午の節句 Tango no Sekku)
bahasa Inggeris: Golden Weekcode: en is deprecated Melayu: Minggu Emascode: ms is deprecated | |
---|---|
Nama rasmi | ゴールデンウィーク (Gōruden Wīkucode: ja is deprecated ) |
Juga dikenali sebagai | Ōgon Shūkan (黄金週間code: ja is deprecated , lit. minggu emas) Haru no Ōgata Renkyū (春の大型連休code: ja is deprecated , lit. siri cuti musim bunga yang panjang) |
Diraikan oleh/di | Jepun |
Jenis | Kebangsaan |
Sambutan | Pelbagai acara cuti kebangsaan |
Tarikh | 29 April – 5 Mei |
Kekerapan | Tahunan |
-Nota: Hari Kanak-Kanak Perempuan (Hinamatsuri) jatuh pada 3 Mac
Hari Buruh yang jatuh pada 1 Mei bukan hari cuti di Jepun, tetapi kebanyakan syarikat Jepun memberi cuti kepada pekerja mereka untuk berehat pada hari itu.
Perkataan "Minggu Emas" direka oleh pengendali panggung wayang pada awal tahun 50an apabila dicipta undang-undang baru yang menambah bilangan hari cuti dan disebabkan ini, bilangan mereka yang menonton wayang di panggung wayang meningkat. Pada masa itu iaitu 29 April merupakan hari cuti umum bagi merayakan Hari Keputeraan Maharaja Showa. Setelah kemangkatannya pada tahun 1989, hari cuti itu diubah namanya supaya permulaan "Minggu Emas" kekal pada 29 April.
Ramai rakyat Jepun mengambil cuti sempena "Minggu Emas". Minggu Emas memberi mereka jangka masa yang panjang untuk melancong. Penerbangan, kereta api dan hotel sering ditempah hingga penuh walaupun harga mereka lebih tinggi pada minggu ini.